Skip to main content

Resepi Kari Ikan Tenggiri Untuk Baby 1 Tahun

Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau Di Masok Foodcourt Kampung Baru

Ada yang suka menu Nasi Ayam Kicap? 


I memang suka betul masakan ayam kicap. Makan hari hari pun takpe gais.
Dengar macam simple tapi percayalah bukan semua orang mampu masak masakan ayam kicap yang sedap. 


 Baru baru ni I cuba menu Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau di Kg. Baru. Aduhh sedapnya. Betul betul kena dengam citarasa. Dengan portion yang banyak ni, kenyang sampai sahur tau. 

Kalau korang tengok lauk ayam tu, size besar dan puas makan sebab banyak isi. Barulah berbaloi dengan apa yamg kita bayar.

Menu ni didatangkan dengan sambal hijau juga tau. Untuk I, sambal tu pedas betul.  Makan sikit dah berapi mulut. Untuk yang suka makanan pedas, memang ngam ni.


Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau

Dua sahabat sepengajian yang merupakan tulang belakang Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau iaitu Zainol Abidin Zakaria, 38 dan Haikal Zainol Abidin , 37  memilih untuk berniaga Nasi Ayam Kicap walaupun dunia dilanda pandemik Covid 19. 




Beliau yakin menu ringkas pilihan ramai ini mampu memikat hati para pelanggan dengan penambahbaikan dalam resepi seperti penggunaan rempas ratus. Selain itu, mereka memilih untuk menggunakan bahan-bahan segar setiap hari terutamanya ayam. 

Sambal Hijau pula merupakan senjata utama dalam menu yang menggunakan bahan turun-temurun.

Korang boleh intai Instagram mereka di



Bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah singgah di Masok Foodcourt Kg. Baru. Bolehlah mencuba menu Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau cuma RM12 sepinggan

Masok Foodcourt
49, Jalan Raja Abdullah, 
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur





Comments

  1. ringkas tapi nampak amat menaikkan selera

    ReplyDelete
  2. Lama nya x pegi kg baru... tak tau dah ada foodcourt plak kat situ

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak merayap kampung baru.. last pi pun awl thn 2018.. mesti dah byk benda baru kat sana..

    ReplyDelete
  4. Baru nampak ada orang makan nasi ayam kicap NAK ni. Aishhh time kat kl tak pergi sini . dah terperut dalam selangor dalam dalam ni lah baru nampak benda ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu