Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Pengalaman Bercuti Di Ipoh Bali Hotel

Baru-baru ni I dengan geng Cafe Hunting bercuti di Ipoh. Girls Trip orang kata hehe. Ala kejap je. Sementara tengah cuti sekolah ni. 

Pening pula nak pilih hotel di Ipoh ni. Kalau boleh nak yang ada parking yang sempurna ha gitu. Taknak lah park tepi jalan. Tempat sempit sempit pun I takut juga. 

Mula mula pilih 1 hotel ni. Tiba tiba clash dengan event pula. Last last kena cari hotel lain. Cuti panjang ni memang semuanya fully booked lah. 

Cari punya cari terjumpa Ipoh Bali Hotel. Perghh Bali vibes gitu


Hotel Ala Bali di Ipoh

Kami sampai lebih kurang 2.30pm. Receptionist minta tunggu di lobby / cafe sementara dia check availability bilik. Siap ada coffee dan biskut free flow ye. Sementara tunggu tu, sempat lah I rekod video. Bukan main cantik lagi. 



Masa check in kena sediakan RM 100 deposit. Boleh pilih menu breakfast esok dan pilih waktu antara 7am-10am.

Masuk je bilik, fuhh lawa gais. Dengan lampu malap romantik gitu. Memang sebiji dalam gambar tau. 

Info Bilik
Room Rate: RM 411.60
Room Type: Deluxe Studio Garden View
App: airasia 





Kami apa lagi kan, bermacam video lah kami buat. Video buka pintu lah, tersengih lah. Hahaha. 

Bilik ni sesuai untuk 3 orang siap dengan katil single dan double. Ada Astro, iron & iron board, mini fridge eh semualah. Tong sampah bukan main aesthetic lagi ye. Was was nak buang sampah hahaha.

Dalam bilik air siap ada shower dan bath tub. Toiletries pun disediakan. Tapi I jenis tak berkenan shower atas bath tub ni. Satu kerja nak panjat HAHHAAHA. Kalau anak anak ada ni syoklah main bubble kat dalam tu. Barh tub bukan cikai cikai, siap ad headrest lagi. 

Ohh dalam fridge ada minuman kalau nak. Siap dengan harga lagi. Beer pun ada for non muslim. Maggie Cup pun ada dalam almari. 

Buka pintu belakang ada kolam ikan gais. Ikan Koi tak silap I. 

Kalau rasa nak beli souvernier sebagai kenangan, ada disediakan dalam bilik. Jangan lupa bayau hahahha. Towel cuma RM35 dan tissue box cuma RM45. Dua dua ada tulis Ipoh Bali Hotel.

Sarapan Di Hotel

Macam I mention sebelum ni, masa check in boleh pilih menu breakfast. Ada beberapa pilihan seperti 

> Balinese Chicken Porridge
> Raw Zucchini Pasta
> Maggie Chicken Soup/ Curry Soup
> Nasi Lemak Sambal Prawn
> Nasi Lemak Ayam Berempah
> Sandwiches

Yang I senaraikan ni antara menu utama. Nanti ada juga free flow roti bakar, cereal, orange juice dan coffee.



Lepas makan kami sambung aktiviti di bilik. Haa apa lagi, record video, bagi makan ikan, bergambar, main Tiktok hahahah. 

Hotel ni ada rooftop di tingkat 2. Kena naik tangga ye. Apesal tinggi nauu tangga hahaha. Mataharj dah tinggi so taknak lama lama. Ada air kosong disediakan. Nak relax petang petang bolehlah. Ada lah view juga. 

Waktu checkout agak awal dala  11am. I baca mana entah kalau lebih dari 1pm kena charge. Tapi I tak baca lebih lanjut pula. Sebab kami memang nak keluar awal. 

Waktu nak checkout, staff akan check bilik. Semua dah okay, dapat balik deposjt. Yayy.

Thank you Ipoh Bali Hotel! Defo will come again.









Comments

  1. Me time dengan sabahat. Bestnya. Tempat tu cantik betul. Boleh masuk dalam list nanti..

    ReplyDelete
  2. seronoknya.. lama xdpt cuti2 mcm ni

    ReplyDelete
  3. dah pernah pergi sini gakk..memang terbaik.setahun sekali kena repeat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu