Skip to main content

Kedai Pertama Sunday Staples Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Ayam Hot-Ah | Menu Baru The Chicken Rice Shop Sempena Tahun Baru Cina

 Sempena Tahun Baru Cina 2023, The Chicken Rice Shop melancarkan menu baharu iaitu Ayam Hot-Ah.

Nama pun dah catchy kan. Menu baru ini dilimpahi dengan kelazatan yang juga melambangkan kehangatan Tahun Baru Cina. Perghh! Perghhh yelah kan selalu orang sebut Yam Seng, ha lepas ni boleh tukar dengan Hot-Ah pulak. 

Seperti biasa menu di The Chicken Rice Shop memang tidak pernah mengecawakan. Adunan lazat kuah berperisa pedas, digandingkan pula dengan tauhu goreng bersama daun bawang. Lepas makan CONFIRMED korang rasa HOT-AH! 

Ayam Hot-Ah ini hadir dalam 3 set berbeza. Boleh rujuk gambar di bawah. 

Setakat ni I dah repeat menu sama 2 KALI! Ha punya lah sedap. Nanti plan nak pergi lagi. Sejujurnya mula-mula I takut anak anak tak suka. Sekali , licin ye. Tu yang sampai 2 kali repeat menu yang sama. Pilihan kami mestilah Meal C, cukup untuk kami sekeluarga.

Ayam ini boleh didapati dari 19 Januari sehingga 28 Februari 2023. Bolehlah plan cepat nak bawa ahli keluarga tu.

Ayam Hot-Ah Video Challenge

Sekarang ni sedang  berlangsung cabaran jeritan "Hot-Ah".  Senang je ni boleh buat ikut kreativiti masing-masing, 

Caranya senang je. Rekod video menggunakan Tiktok timer. Buat jeritan "Hot-Ah" yang paling kreatif dan terrrrr panjang lepas tu submit melalui FB reels/ IG reels/ Tiktok menggunakan hashtag #HotAhChallenge #TheChickenRiceShop dan tag @thechickenriceshop

Ramai dah join. Korang jangan lepaskan peluang ni tau. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...