Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

NURFLIX | ANIMASI KISAH 25 RASUL EDISI BAHASA MELAYU

Sejak pelancaran pada tahun 2020, Nurflix kekal komited bagi mencapai visi penubuhannya iaitu menjadi pusat sehenti kepada kandungan ilmu Islami Ahli Sunnah Wal Jamaah serta hiburan sopan.


Selain daripada filem, drama dan hiburan, Nurflix juga padat dengan pengisian seperti pembelajaran kitab-kitab tradisional Turath, Tausiyah dari guru-guru, pengajian Al-Quran, hadith dan banyak lagi. Kandungan ini boleh diakses dari seluruh dunia.

Nurflix telah membuat lawatan bagi mewujudkan jalinan kerjasama katalog dan kandungan dengan syarikat-syarikat penerbitan dari negara-negara Islam yang lain seperti Mesir, Turkey, Arab Saudi dan Indonesia. Lebih 100 tajuk dan 3000 sedang dan akan ditayangkan di platform Nurflix sepanjang tahun 2023 iaitu gabungan dari Netflix original dan juga kandungan syndications.

Selain itu Nurflix juga telah mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan seperti Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Institut Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia membolehkan penerbitan koleksi penyelidikan ilmiah seperti Al Quran dan Sains (USIM), Penyelidikan Produk Halal (UPM) dan banyak lagi.




Nurflix  Productions Sdn Bhd kini memulakan pembangunan katakog pernerbitan filem dan siri animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. Menariknya, The Journey of Humankind akan memaparkan secara menyeluruh kisah ketamadunan manusia berdasarkam rujukan Al Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.

Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu

Inisiatif pertama adalah penerbitan kisah-kisah 25 Rasul yang berdasarkan rujukan ulama Kitab Qisas Al Anbiya. Nurflix bekerjasama dengan ATA Animation, sebuah penerbit animasi dari Mesir untuk proses suntingam menambah baik dan juga alih suara.

Siri pertama yang ditayangkan adalah Kisah Nabi Musa a.s Kalimullah yang akan mula ditayangkan bermula 27 Januari 2023. Sebanyak 13 episod untuk musim pertama diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu agar dapat memenuhi kehendak pasaran Malaysia. 

Siri ini menampilkan Rawi Al Hakim, virtual actor selaku penyampai cerita dan pengembara yang dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas Al Anbiya. 



Quiz dan Taddabur

Untuk memeriahkan kempen ini, pihak Nurflix telah mendapat kerjasama dari syarikat Simply Umrah untuk menaja peraduan kuiz sepanjang 13 minggu tayangan Siri Animasi Nabi Musa a.s Kalimullah. Sejumlah 3 orang pelanggan yang berjaya mennawab soalan mudah di setiap episod secara terkumpul sepanjang 13 episod akan menerima hadiah utama pakej umrah. Pemenang kuiz mingguan pula akan menerima hadiah seperti mini goldbar tajaan KABGold Sdn Bhd dan Al Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru Sdn  Bhd serta set buku Kembara Mahsyar tajaan Mahsyar Group.

Penonton akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman melalui kisah dan proses taddabur Al Quran. Terdapat 5 surah yang terdapat dalam siri ini dan setiap babak bacaan dan terjemahan Al Quran akan dipaparkan sebagai rujukan.

Langganan Nurflix ni sangat bermanfaat, mempunyai nilai penerapan ilmu, dakwah dan sesuai untuk tontonan keluarga. Jom, jangan lupa langgan sekarang. 



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu