Skip to main content

Kedai Pertama Sunday Staples Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Pelancaran Lagu Tema Filem 'COAST GUARD' : Yes Sir

 Baru baru ini I berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran lagu tema filem COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG di Stesen Udara Maritim Subang.

Lagu bertajuk 'Yes Sir' menampilkan Zamani dan gabungan penyanyi rap- Ariff Peter. Lagu ini telah diterbitkan oleh COF MUSIC dan telah ditulis sendiri oleh Ariff Peter, Hasril dan Otromen. 

Kami dikejutkan dengan gimik menakjubkan yang telah disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri serta turut diraikan oleh Laksamana (M) Dato' Muhd Zubil bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Teruja bila berpeluang melihat sendiri aksi aksi di depan mata. 




Lirik Lagu 'Yes Sir'




Yang menariknya, lirik lagu ' Yes Sir' ini diinspirasikan khusus untuk file m Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat(STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan debgan sekumpulan penjenayah si perairan negara apabila ahli keluarganya jadi tebusan.

Filem ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia(FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sehingga berjaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi 'Ops Helang' pasukan Maritim Malaysia.

Kerjasama ini adalah untuk memastikan penonton dapat melihat realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan coast guard negara yang menjalankan tangunggjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.



Filem Coast Guard: Ops Helang terbitan Flying Deals Sdn Bhd & Arie Zaharie Production ini mendapat kerjasama serta edaran Metrowealth Pictures yang bakal menemui penonton pada 2 Februari 2023 di pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

Jom kita support filem tempatan ! 









Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...