Ehh budak sekolah ada kad Visa sendiri? Yes!
Anak I ni selalu join tournament bola baling, karate dan pergi lawatan sekolah. I risau nak bagi di bawa banyak cash. Manalah tahu tercicir ataupun tak pandai kira wang baki. Kan 1 hal tu.
Nasib baik I diperkenalkan dengan Vircle Visa Card, iaitu kad Visa khas untuk kanak-kanak. Menariknya, ibu bapa boleh memantau penggunaan kad melalui app yang disediakan.
Kad Visa Vircle ni berfungsi macam kad kita juga, boleh tap di physical store, online purchase dan juga pengeluaran duit.
Cara Memohon Kad Visa Kanak-Kanak Vircle
Cara apply kad agak panjang sikit tapi ni semua ialah requirement dari Bank Negara. Dan semua permohonam e-wallet memang macam ni kan? Kena selfie dan sebagainya.
1. Selepas daftar sebagai PARENT, boleh klik pada option ADD CHILD
2. Untuk memohon KAD VISA perlu UPGRADE WALLET terlebih dahulu.
3. Untuk APPLY kad, perlu bayar RM20. Tapi jangan risau, korang masukkan kod I "VIRCLECICI" dan akan dapat cashback RM20. Yang ni akan dimasukkan dalam e-wallet korang dalam masa lebih kurang 14 hari bekerja. So, basically kad tu FREE je buat masa ni.
Vircle Visa Card ni boleh digunakan di mana mana yang menerima VISA.
Contohnya McDonald. Senang kan.
Memudahkan juga untuk anak yang tidak tinggal serumah dengan ibu bapa kandung, mayne tinggal dengan ibu saja. Jadi bapa nak bagi duit poket anak or duit jajan, bolehlah masukkan dalam kad ni.
Jadi bagi ibu bapa yang berminat bolehlah mohon segera. Vircle ni juga digunakan di beberapa International School. Sebab tu kalau perasan ada option untuk CONNECT TO MY CHILD'S SCHOOL. Syoknya kantin/ cafe diorang boleh cashless kan. Hehee.
Menarik ni, untuk anak2 yg ke sekolah asrama. Tapi takut kad kena curi je, sbb budak2 ni biasanya masih belum reti jaga barang lagi.
ReplyDelete