Baru baru ini I berkesempatan menghadiri pelancaran Kempen Ramadan Anugerah Terindah yang bakal berlangsung sepanjang bulan Ramadan anjuran Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
Bertemakan "Ramadan Anugerah Terindah", kempen ini bertujuan untuk memberi galakan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan ibadah zakat. Selain itu masyarakat akan lebih peka dengan perkhidmatan dan saliran bayaran serta pelbagai program menarik anjuran PPZ-MAIWP
Menariknya, PPZ-MAIWP menawarkan lebih 1,000 hadiah menarik khas buat pembayar zakat yang menunaikan zakat harta, fitrah dan wakaf tunai di PPZ-MAIWP melalui saluran bayaran yang disediakan.
Perkhidmatan Dan Saluran Bayaran Zakat Sepanjang Ramadan
Ha jangan tak tahu sebenarnya ada pelbagai saluran untuk menunaikan zakat.
Zakat Fitrah
Portal PPZ- MAIWP
- firah.zakat.com,my
Amil Fitrah
- 921 penolong amil fitrah di seluruh Wilayah Persekutuan
- 10 kaunter PPZ-MAIWP, masjid masjid, surau- surau dan pasaraya
Ejen-ejen online kutipan PPZ-MAIWP
- 15 perbankan internet
- E Wallet -> aboost, Shopee, Tulus, GoPayz, The Noor, Raiz
- Online Portal -> senangPay, MyEG, PayHalal, MyPay, Elzar Shariah Al Amin dan MyVerify
Zakat Harta
Kaunter PPZ-MAIWP
Dibuka 7 hari seminggu termasuk cuti umum 8.15am-4.30pm
Portal
zakat.com.my (kira, bayar, semak)
Aplikasi MyZakat
Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB)
- Door To Door (Kaunter Zakat Bergerak), Ride2U & Kaunter Zakat Digital -> Perkhidmatan ini khas kepadanpembayar yang ingin mendapat layanan secara personal & tiada masa ke kaunter . Buat tempahan di mytemujanji.zakat.com,my
- Ejen ejen Kutipan Zakat -> Perbankan Internet, Kaunter Bank, Pos, E Wallet, Firma- firma dan Lain lain
Wakaf Tunai
Kaunter PPZ-MAIWP
-7 hari seminggu termasuk cuti umum
Portal wakafppz.com.my
Kaunter Zakat Dan Wakaf Bergerak
Jom korang, kita merebut keberkatan Ramadan dengan menunaikan zakat sekaligus mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% dalam harta kita. Semoga dengan berzakat kita dapat menggembirakan mereka di Hari Raya Aidilfitri.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 1300 88 5757 atau emel ke info@zakat.com.my
Alhamdulillah...Sambil tarik perhatian, ada rezeki boleh menang hadiah kan :)
ReplyDelete