Skip to main content

Pemenang JBaby Pboto Contest 2024

Pengalaman Bersalin Czer Damansara Specialist Hospital 2

Assalamualaikum hi everyone ! 

I nak share pengalaman I bersalin secara elective czer di Hospital Pakar Damansara 2, Bukit Lanjan.

So, last checkup ialah pada 4th June 2023 dan Dr. Fidak minta pilih tarikh czer. Opsss debau. Setelah pilih date 23.6.23 Dr pesan untuk admit 22.6.23 pukul 10pm. 

Husband I pula request untuk admit I lebih awal sebab I dah sakit sakit + tak kira admit pukul berapa, tetap kira charge seharian. Jadi kami pilih 4pm.

Proses Admission

Mula mula ke Level 11 untuk admission. Kat sini Premier Ward. Masa register tu kena bayar deposit RM6,000. 

Staff akan explain pasal pakaian dalam ward kena bawa baju sendiri. Air botol disediakan tapi kalau nak extra kena bayar. Jadi sila bawa botol/ thermos sendiri untuk isi air. Hehee. 

Bagi yang ada GL, staff akan siapkan form untuk sign. Lepas tu dapat Toiletries! Exclusive ye! Kemudian staff akan bawa ke Level 4- Maternity Ward

Maternity Ward

Hospital ni belum siap sepenuhnya jadi cuma ada Single Bed saja. Size agak kecil berbanding KPJ 1 dan takde fridge ye.(  Lepas tengok itemised billed baru tahu harga bilik lebih murah dari KPJ 1)

Macam biasalah pasang mesin CTG lebih kurang 20 minit. Staff nurse baik dan ramah ramah belaka. Setiap kali nak keluar bilik memang akan pesan "kalau nak apa apa, panggil ye". Dan ada staff yang datang refill air panas dalam flask.

Seharian tu agak busy staff keluar masuk. Kena sign beberapa borang seperti

1. Borang Pulangkan Uri ( For Muslim Only)

2. Borang Suami Teman Dalam O.T

Doktor pakar akan datang untuk ward visit. Nurse ada tanya juga ada prefer Paed mana mana ke? I memang takde, tak tengok list pun. Siapa yang in charge/ on call tu I okay je. Jadi malam tu Dr. Rashdan datang. Ceria orangnya, memang Paed kena personaliti macam tu kan. 

Jadi esok 3 doc pakar wajib ada dalam OT

1. Dr. Fidak - O & G

2. Dr. Rashdan - Paed

3. Dr. Datin Vanitha - GA 

Sempat lagi husband I keluar malam tu haha. Dr. Rashdan cakap I would do the same, nanti ada baby tak boleh keluar dah. Heheee. 

Malam tu start puasa makan 12am dan last minum 4am.

Ready For O.T - Tak Sabar Jumpa Baby!

I bangun awal sungguh. Husband I menyelit atas katil sekali sebab sakit badan atas sofa bed tu. Bangun je terus mandi dan bersiap dengan baju O.T gaun warna biru tu. 

Husband I keluar solat Subuh di Masjid Penchala, makan lontong fav dia dan hantar breakfast untuk Mak dan budak-budak.

While me, pasang mesin CTG dan jumpa Dr. Datin Vanitha. Ayat pertama yang dia sebut "Hi, you look so young". Aaaa

Dia brief pasal procedure di O.T dan tugas dia sebagai Anaestathic Specialist. Betul ke eja? Haha I malas check. Lepas tu I kena sign consent form lagi. Antaranya pasal allergic reaction aeperti muntah dan gatal. Dan juga doc hanya cucuk bius half body + 2 line ( branula) dan  tidak akan memandai-mandai tambah darah KECUALI kecemasan. Ha macam tu lah lebih kurang. 

Dalam 8.30am I disorong ke O.T . Hmmm perasaan I ? Hanya Tuhan je tahu. Walaupun ini bukan kali pertama, tapi debaran lain macam. 

Sambil disorong tu, nampak husband I tengah rekod video. Aaaaa something unusual. Dia bukan suka rekod rekod ni hahaha. 

O.T kat Level 5. Sampai je melepasi 1 pintu ni, staff ward tinggalkan I kat staff O.T 

Wehh makin berdebar. Hahaha. 

Diorang minta 1 staff lelaki untuk bawa husband I tukar baju. Kat dalam tu ada 2 staff lelaki, yang lain semua perempuan. Ehh ramai jugak eh? Tak seramai masa kat gomen lah. Hahaha.

Husband I datang  berbaju biru. Terus ajak selfie, aaa I dah sedih. Mana tahu selfie terakhir kan. ISTIGHFAR. 

I ditolak masuk ke dalam. Dipindahkan ke katil O.T

Dr. Datin Vanitha dah ready nak cucuk bius separuh badan. Kena bongkok macam udang, kepala tunduk. Salah sorang staff lelaki tegur

" Puan, kenapa puan berdebar sangat ni. Saya pulak nervous tau"

Mungkin tengok heartbeat i ke eh? I cuma sengih je lah, memang nervous oii. 

Salah seorang staff perempuan datang sambil picit picit tangan I, sambil borak. Dia nak tenangkan I lah tu. 

Lepas tu sorang lagi staff perempuan datang. Sambil bercakap sambil belai I. Aduhh motherly sungguh. 

Sambil tu dia nasihatkan I pasal breastfeed. Lembut je tutur kata dia.

Masa proses cucuk bius tu, I rasa sakit betul. Entah, sakit dari biasa. Huwaaa takut. Lepas selesai pasang langsir semua, barulah husband dipanggil masuk. Staff bagi kerusi untuk duduk di tepi I. 

Kaki dah mula rasa berat. Dr. Datin Pavitha elok je borak dengan I. I tanya "dah mula ke?" 

Katanya "dahhh...dari tadi dah mula"

Dan akhirnya... baby keluar,gais. Husband I dah excited siap berdiri. Dialah tukang update 

"Baby dah keluar"

"Baby comel lah"

"Pipi baby tembam lah"

Dengar doctor atau staff lelaki Qamat kan baby

 Husband I dah excited nak jumpa baby, dia pergi kat Dr. Rashdan. Hahaha. I yang terkebil kebil kat situ.

Staff bawa baby jumpa I. Baby Girl. 

Lepas tu I tanya "dah start jahit ke?" 

Dr Pavitha jawab "dah, lagi 1 lapisan je"

Pffttt... menyesal tanya hahahaha seram pulak membayangkan

Dr. Rashdan bawa baby ke nursery , husband I ikut sekali. 

Lepas habis dalam O.T diorang transfer I ke katil ward dan bawa ke Recovery Room. Actually I dah start gatal gatal. Katanya reaction ubat.

Sambil tu borak dengan salah sorang staff lelaki kat situ. Peramah je, katanya dia ingat ni anak pertama kami. Sekali husband cakap anak no. 4 , terkejut dia. 

Kembali Ke Ward

 Masa I ditolak ke ward husband I dah ada kat situ. Dia pergi tengok baby katanya. I dah makin teruk gatal tergaru-garu. Nurse alert dan dah inform doctor. 

Lepas tu baby masuk bilik ward. Aaa lamanya tak pegang budak kecik. 

Husband I kena keluar ambil Mak dan anak-anak I di hotel dan bawa lunch barulah datang hospital. Masa husband I takde, baby nangis. I kelam kabut bangun lepas tu terus nak pitam plus loya. Kebetulan nurse masuk. Nasib baik. Katanya mungkin sebab I bangun terlalu cepat. 

Masa family datang pun I muntah tak sempat tadah. Nasib tak kena kepala baby je, aduhh. Kiranya seharian tu asyik muntah je. Nurse advise jangan makan dulu. Minum pun jangan. Diorang masukkan air + ubat guna drip . 

Laparrrrr

My bestie datang visit siap bawa banyak baju comel untuk baby. Kejap je dia duduk sebab I pun macam mamai.

Dr. Fidak datang visit. I memang lemah betul. Lepas tu peluh mengalir macam air terjun dan minta doc kuatkan aircond 😅 tapi doc cakap " dah paling sejuk dah ni sayang". Huwaaa panas sangat.

Dr. Datin Vanitha suggest air kelapa atau juices.  Lepas tu dia pandang Mak sambil gelak gelak. Yelah kan pantang betul orang tua tua dengar bab minum air kelapa lepas bersalin.

Dipendekkan cerita malam tu husband I bawa air kelapa, jeli kelapa, chee cheong fun dan burger Ramly.

Ya Allah I habiskan semua. Berselera tahap apa entah. Alhamdulillah ada tenaga sikit.

Baby kat nursery sebab I memang tak larat. Nurse pun risau kalau kalau I terlepas baby.

Malam tu husband I dan anak sulung kami teman di ward. Bengkok masing masing tido. Haha. 

Sabtu pagi, baby masuk bilik yayyy. Rindu betul anak. I pun ingat ingat lupa muka dia. Hahahah. Baby jenis nak berkepit je. Agaknya rasa warm macam dalam perut kot ek.



Kawan husband datang melawat malam tu. Ha best kan stay sini. Boleh visit tak kira waktu. Lokasi pun strategik tau, nak order food delivery macam macam ada. Kalau rajin boleh keluar ke area Penchala tu. Banyak kedai makan jugak. 

Malam tu hantar baby ke nursery lagi sebab I nak rest. 

Malam ke-2 si Abang tema  tidur. Terpaksa Lalamove baju dia dari Ampang ke Hospital Pakar Damansara 2

Last Day & Discharge

Hari ni dah boleh discharged. Yayyy! Walaupun hospital ni macam hotel 5 bintang tapi rumah juga yang selesa. Kan? Hahahaha.

Patutnya tengahari dah boleh check out tapi ada problem dengan portal ke apa entah jadi kami dok menunggulah. Baring baring sambil Netflix. Husband I sempat bawa anak mandi sungai (or parit) kat Penchala, pastu balik beli pisang goreng hahahahaaa. 

Makanan tetap dihidangkan  (rasanya tak ikut menu yang I nak😅) tapi takpelah. Janji makan. Mi Kari dia pedas hoiii. Hahhaha

Malam tu baru billing ready. Lepas settle bab billing, Pharmacy datang bagi ubat. 4 jenis ubat je tapi aduhh tak sukanya yang injection tu. 

Next, staff Ward dan Staff Nursery datang bagi dokumen dan confirmkan next appointment.

Thank you everyone! Semua staff memang terbaik, layanan tiptop! 


Kos Bersalin Damansara Specialist Hospital 2




Total : RM19,574.30
Deposit: RM 6,000
AIA (company) : RM 12k ++

Jadi kami tak perlu tambah apa apa. Guna deposit saja untuk topup yang insurance tak cover

*AIA (company) tak cover Labor Room/OT dan hanya cover 80% dari hospitalisation bill





Comments

  1. Alhamdulillah...tahniah Cici! semoga you terus sihat bersama baby dan family. Take care!

    ReplyDelete
  2. Btw, itu komen I yer..haha!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah sis, selamat melahirkan baby girl. Rindunya nak ada baby (tapi tak rindu masuk bilik OT for czer hehehe)

    ReplyDelete
  4. AIA apa yang cover bersalin ek? ingatkan tak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIA apa? Sorry tak faham.

      Yang ni AIA untuk office. Cover hospitalization. Yang kos czer / beranak / labor room / bilik bedah tak cover.

      Delete
  5. Hi boleh saya tanya untuk hospitalization apa je yanh insurance cover ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, yang I tahu AIA (company) dan Great Eastern saja. Sekarang tak pasti :)

      Delete
  6. Salam, boleh tahu puan ambik package bersalin ke? Sebab dalam package tulis elective ceaser is 10,888. Macamana boleh jadi 19k ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikimusalam

      Sorry lambat balas.

      Pakej tu untuk yang bayar cash / self paying patient

      Kami guna GL (office husband guna AIA) jadi tak dapat harga tu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu