Assalamualaikum hi everyone!
Balik dari birthday staycation, husband I terus cakap "jom memancing kat Hulu Langat" . Ahh sudah. Kebetulan memang bawa segala pancing pun. Jadi marilah kita walk in. Ikut nasib lah kalau full tak boleh buat apa.
Jalan masuk agak mencabar ye. Mula mula masuk kawasan perumahan lepas tu ada 1 lorong untuk masuk. Signboard sentiasa ada dont worry takkan sesat.
Kedai pancinglah suggest untuk datang sini. CONFIRM dapat katanya. Cuma kat sini Catch & Release lah tak boleh bawa balik. Setakat lepas gian okay lah kan.
![]() |
Yang 2 unit warna kuning tu VIP Platform |
Kami sampai lebih kurang petang. Nampak macam kosong je. Plan nak ambil VIP Platform yang dilengkapi tandas tapi penuh pula. Rupanya ada 2 unit je.
Jadi kami ambil Standard Platform. Kat sini ada
◼ 2 Katil
◼ Aircond
◼ Kipas
◼ Plug
◼ Meja & Kerusi
Bezanya sini takde attached toilet je.
Boleh pilih slot pagi, malam atau Full Day. Husband I nak juga ambil Full Day. Kamimdatang around 4pm kot. Habia 2pm esoknya. So total termasuk umpan semua RM704
Kat sini wajib guna umpan yang dijual ye.
Masuk je bilik tu, salah sorang staff in charge untuk tolong para pemancing. Masa sampai tu 3 platform je ada orang termasuk kami. Tu pun salah sorang tu balik awal.
Tapi staff tu memang rajin. Cuma dia tak boleh berbahasa Melayu. Tapi English pun kureng jugakk. Agaknya baru sampai sini kot eh 😅
Tapi dia memang rajin dibandingkan dengan staff lain. Petang tu dia habis shift siap bertukar nombor dengan husband I lagi. Hahaha
Okay sambung bab pancing.
Betul cakap orang kedai tu. Ikan senang dapat. Dapat, bergambar dan lepaskan. Seronok katanya perasaan 'bertarung' dengan ikan.
Sengih je Abah. Dan pengalaman untuk Abang juga.
I, Mak, Gegirl dan Ash kebosanan 😅
Dalam 3am I balik rumah. Sebabnya stress dengan keadaan tandas. I bawa Mak, Gegirl dan Ash balik. Lagipun esoknya ada checkup dan I perlukan rehat. Nasiblah rumah tak jauh, maybe dalam 26 minit.
Cuma I kena lalui jalan yang kiri kanan hutan + jalan di berbukit turun dari Langat tu.
Order Makanan
Kat sini, ada kedai menjual makanan dalam pek. Alaa brand CP tu. Bila kita beli dia akan panaskan lah. Jauh kalau nak jalan, biasanya akan order dari staff je. Diorang naik motor ke sana.
Antaranya spaghetti, Nasi Beriyani dan Sosej. Air macam tak banyak pilihan. Jadi lebih baik bawa siap siap.
Untuk dinner, I order GrabFood. Nasib lah rider hantar sampai ke pagar. Kita kena menapak lah ambil kat situ. I risau rider patah balik je bila nampak kiri kanan hutan. Maybe dia pun dah biasa kan.
Tandas
Ya Tuhan. Ini paling dahsyat.
I bersyukur sebab ada toilet duduk + pipe hose (walaupun bocor meleleh)
TAPI keadaan toilet dia Astaghfirullah. I terpaksa juga masuk sebab tengah pregnant ni memang asyik nak ke toilet. Tak boleh tahan wakkk.
Harap diorang boleh baiki bab toilet tu.
Dahlah ada sarang labah-labah. I ni dahlah penakut aduhh.
Senarai Harga / Rate Memancing Di Hulu Langat Fishing Resort
Comments
Post a Comment