Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Bawa Anak Cuti Sekolah Ke Pantai Purnama Port Dickson

Hi korang 

Mommies Dada ada yang masih mencari idea nak bawa anak ke mana sempena cuti sekolah ni ? Ni dah minggu akhir. Kejap je kan nak masuk tahun baru dah. 

Hari tu I bawa anak anak ke Pantai Purnama. Actually dah lama pendam hasrat nak ke sini. Tapi asyik tak jadi je. Husband lebih suka area Teluk Kemang. 

I balik dari studio terus suruh anak anak bersiap. Makanan apa pun tak bawa.


Sampai agak lewat dalam 5pm. Hujan renyai pula tu. Masa kami sampai ada beberapa keluarga kat situ. Ada ruang letak kereta. Jalan berbukit. Nasib lah I dah berani. Haha. Mahir dah, Alhamdulillah.


Disebabkan bawa baby, kami tak mahulah berhujan. Nasib ada pondok kosong. I bentang tikar kat situ.

Ada yang buka khemah, ada yang bakar bakar. Aaa syok. Kami apa pun takde. Sehelai sepinggang. 

Kat situ ada tandas dan cafe. Tapi cafe tu tutup. Kalau dia letak vending machine kat luar tu kan bagus. Hahaa



Budak budak ni dah dapat main tak ingat lapar ke apa. Haha. I biarkan diorang main puas puas dulu. Bukan mai  suka main pasir. Maklumlah jarang jumpa hahaha.

Diorang cakap air cetek tapi ada batu batu. I tak jengah pula. Malas basahkan kaki.


Bukan main masing masing minta Mommy rekod video, ambil gambar pose sana sini. Nak buat content Tiktok. Cis!!

Gambar dan video Mommy takde sapa ambil. Hahah lupa bawa tripod. Ni lah last minute. Itu tinggal ini tinggal.

Battery powerbank ada 9% je. Sobs.




Lebih kurang 7pm macam tu panggil diorang naik. Pergi tukar baju. Ada bilik mandian disediakan. RM 1 untuk mandi. Kalau toilet atau tukar baju harga lain. 

Ada sabun dijual. Kecik kecik macam hotel tu. Haha takpelah, bilas je. Balik rumah baru mandi betul betul

Okay jugak tempat ni.  Bersih dari tandas Teluk Kemang lah. Ke sebab hari tu kurang orang? 


Gelap dah tempat ni. Tak nampak pula orang camping. Untuk camping ada bayaran dikenakan.

Ada 2,3 kereta tengah layan sunset. Cantik tapi I malas turun tangga hahaha.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu