Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Demam Denggi Dan Warded Di KPJ Ampang Puteri

Baca : Menu Makanan KPJ Ampang Puteri


Hari Jumaat I bangun dan rasa tak sedap badan. I assume sebab semalamnya ada shoot tengah panas. Hari yang sama Gegirl tak pergi sekolah. Cirit katanya. 

I janji dengan kawan nak jumpa. Time dalam kereta dah rasa lenguh kaki. Tapi takkan nak cancel, kawan i datang dari Cyberjaya. Lepak kejap dalam 2 jam. On the way balik tu kaki I mencucuk sakit. Sampai je rumah terus lelap. 

Malam tu I menjerit jerit sakit. Sumpah sakit mencucuk demam apa ni. Hari Sabtu I gigihkan diri ke Family Day. Bukan buat apa pun, I banyak duduk bilik je. Malam je sakit tu datang

Hari Ahad, gigihkan diri ke klinik. Platelet I dengan Gegirl 140. Doc refer Gegirl ke hospital dan suruh I repeat blood test hari Isnin.

Isnin dan Selasa I memang tak larat. Lepas makan panadol rasa berpeluh, pergi visit Gegiel di Hospital, lepaa sejam dua rasa menggigil mencucuk semua ada. Hari Rabu, gigihkan diri pergi klinik.

Damn, platelet I 69. Ahh sudah. Geleng kepala doc, terus refer I ke hospital.



Sampai hospital lepas daftar terus bawa ke ruangan pemeriksaan. Ambil darah, XRay, urine, masuk air. Husband daftarkan ke wad. Seperti yang dijangka Single Room penuh. Terpaksa 4 Bedded juga.

Non stop nurse datang. Bagi ubat, sesi bertanya sejarah pernah surgery ke blabla. Baik baik nurse, ada sorang ni dia explain lah 

Nurse: okay Puan, sekarang Puan di ward Maternity blabla

Me: wait, kenapa diorang letak I kat Maternity pulak? * muka blur and panic

Nurse: hehe takde apa Puan. Mungkin katil ward biasa penuh  *sambil gelak

Haha I terkejut mana tau doktor tengok I macam mengandung pulak hahahha

I kena berkorban sikit sebab Husband dok jaga Gegirl di ward. Jadi banyak benda kena buat sendiri. 

Next day dengar suara doktor bercakap serious betul

" Don't let her go alone"

" She must inform you guys"

"  She cannot brush teeth..." 

 Rupanya Platelet I jadi 49 (pagi) dan 47 (petang) . Tu doktor bising. I tak dibenarkan pergi tandas sorang. 

TAPI

Tapi I pergi juga hahahhaha. Nurse busy wak. Kalau nak bandingkan KPJ A.P dengan KPJ D2, hmmm jauh beza. Kalau nak tunggu nurse sampai, mungkin I dah kencing lencun atas katil hahhahahhaha. 

Ye faham nurse busy. 😅 tekan bell 4x tak sampai sampai wak  ( selang 15 min tau)

And doc complaint I kurang minum tapi kerap kencing. Dia suruh nurse kurangkan fluid. Berbotol botol  masuk air, sejam 2x I pergi toilet.

Denggi  ni memang dahsyat. I'm still a covid virgin. Jadi tak tahu rasa macam mana. Tapu bandingkam Denggi dan lepas bersalin, Denggi lagi dahsyat sakit menggigil. Aduhh

My crib for 5 days

Baru nak makan roti, rasa lain. Sekali tengok lahh, bibir berdarah. Sebab terlampau kering jadi berdarah sendiri. Menganga nak gigit roti terus mengalir darah.

Kebetulan 4 orang staff nurse datang untuk interview I. Terkejut diorang "mana datang darah ni Puan?".

I takde Vaseline. Husband I pun rasanya tak tahu apa benda tu haha. Tekap tekap je lah.




Husband ada juga bawa Gegirl turun ke ward. Lepak lepak gituhh. Ada sekali Nanny Atok and bebudak datang, I naik ke ward. 

Atok cakap rasa kat macam kat rumah pulak, semua ada. Si Abang je duduk rumah dengan kawan dia. Dah bujang konon malas keluar. 


Patutnya Gegirl dah boleh balik Khamis. Tapi platelet turun naik. Hari Jumaat Alhamdulilah dapat discharge. 

Hari Sabtu doc cakap platelet I naik 88. Tapi tak selamat nak lepaskan balik. See how hafi Ahad. Makin berseleralah I makan walau tak tahu apa kena mengena. Husband teman malam tu siap belikan burger tepi jalan. Ahhh sedap. 

Next day I bangun awal, bersiap. Doktor datang lepas Zohor. I terus cakap

"Hi Doc, i dah sihat. Nak balik"

Tergelak doc. 

" ohh nak balik dah. Duduk hospital tak seronok ye"

Hahaha doc ni pun😅

Alhamdulillah boleh discharged. Platelet I 179. Yayy. Officemate husband cakap laju juga naik. 

Doc bagi MC seminggu dan jumpa dia next week. Ocin dah gelak I nak submit MC kat sapa. Hahahaa

Hari kedua lepas discharge, husband I pula sakit badan demam. Aduhh.

Comments

  1. adoiiii sakitnya part bibir berdarah tu. nak tunggu dia baik balik pun lama gakkan..sebab every time kita makan nak menganga dia pecah balik.

    ReplyDelete
  2. fuhh...linda x pernah kena denggi...dgar2 pengalaman orang, minta dijauhkan lah...semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  3. berjemaah msk ward ni dik oi... aduhla bahaya betul denggi ni kan... udah si Ocin pulak la demam bila korang dh sihat ya, moga terus sihat ye buat Cici dan family ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu