Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Merintis Harapan: OCREVUS® - Pilihan Rawatan Baharu untuk Pesakit Sklerosis Berbilang

 Roche (Malaysia) Sdn. Bhd. mengumumkan kehadiran OCREVUS® di Malaysia, iaitu pilihan dos yang memudahkan kerana ia hanya perlu diambil dua kali setahun bagi sklerosis berbilang yang berulang (RMS) dan sklerosis berbilang progresif primer (PPMS).


Sklerosis berbilang (MS) adalah penyakit neurologi yang menjejaskan otak dan saraf tunjung (sistem saraf pusat) yang mengawal semua fungsi badan. MS merosakkan selaput yang melindungi saraf dikenali sebagai mielin. Kehilangan mielin atau demielinasi akan mengganggu keupayaan saraf untuk mengalirkan impuls elektrik ke otak dan dari otak.


Akibatnya, individu MS boleh mengalami pelbagai gejala. Jarang berlaku dua pesakit mempunyai gejala yang sama dan gejalanya juga sangat meluas daripada yang bersifat ringan sehinggalah yang melemahkan. Antara gejalanya termasuklah penglihatan kabur, pening, lesu, kebas dan sesemut, kekejangan otot, anggota badan menjadi kaku dan lemah, masalah pergerakan, masalah pertuturan, vertigo, rasa sakit, gangguan usus besar atau pundi kencing, dan sukar untuk menelan.


Sehingga 2020, MS memberi kesan kepada kehidupan 2.8 juta orang di seluruh dunia. Maknanya, 1 dalam 3,000 orang di dunia mengalami MS1. Kadar kelaziman (prevalens) yang lebih tinggi direkodkan di Amerika Utara, Eropah, dan sesetengah kawasan di Australia dengan catatan 1 dalam setiap 300 orang mengalami MS.


Walaupun kadar kelaziman (prevalens) MS di Asia lebih rendah, namun gejala yang dideritai oleh pesakit tetap sama seperti di mereka yang tinggal di Barat. Di Malaysia, ia disenaraikan sebagai penyakit jarang jumpamdengan anggaran kadar kelaziman (prevalens)  enam kes bagi 100,000 penduduk.


OCREVUS® - Memperlahankan Perkembangan dan Menyekat Serangan Berulang
Diberikan melalui suntikan infusi intravena setiap enam bulan, OCREVUS® telah menunjukkan keberkesanan tinggi yang berterusan dalam memperlahankan perkembangan penyakit, sekali gus memberi kesan positif kepada kualiti hidup pesakit MS.

Data menunjukkan tahap MS yang dialami oleh 8 daripada 10 pesakit RMS tidak berkembang selepas 10 tahun.


Pada majlis pelancaran OCREVUS®, Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd. berkata, “MS mungkin penyakit yang jarang ditemui tetapi terdapat keperluan yang mendesak untuk kita mempertingkatkan diagnosis, rawatan dan pengurusannya. Di Malaysia, 83% insiden MS adalah dalam kalangan wanita. Adalah menjadi harapan kami agar wanita tidak perlu mengharungi keadaan yang melemahkan diri ini, yang pastinya akan memberi kesan terhadap masa hadapan dan peranan mereka dalam masyarakat.


“Justeru, amat penting bagi Roche untuk menyediakan rawatan yang mempunyai keberkesanan yang tinggi dan cekap pada peringkat awal penyakit, dengan sasaran menghentikan perkembangannya, di samping menawarkan manfaat tambahan iaitu dos yang memudahkan kerana ia hanya perlu diambil dua kali setahun.

“Selain itu, Program Bantuan Pesakit Roche menolong meringankan beban kewangan pesakit, memastikan mereka boleh mengakses rawatan dan ubatan yang diperlukan, yang akhirnya memperkasakan pesakit untuk mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan mereka,” sambung Deepti.


Memahami MS
Menurut Dr Low Soon Chai, Pakar Perunding Neurologi, “Sklerosis berbilang adalah masalah kesihatan sepanjang hayat  dan tidak dapat disembuhkan. Keadaan ini lima kali lebih biasa dalam kalangan wanita berbanding lelaki.”


“Penyakit ini sangat sukar diramalkan. Bagi sesetengah orang, mereka melalui fasa reda di mana keadaan semakin baik (remisi) dan kemudiannya penyakit menyerang semula (relaps). Bagi orang lain, keadaan mereka mungkin bertambah buruk dari semasa ke semasa. Namun, individu dengan semua bentuk MS mengalami aktiviti penyakit seperti keradangan sistem saraf dan kehilangan kekal sel-sel saraf di otak, walaupun ketika gejala klinikal mereka tidak ketara atau tidak kelihatan semakin teruk.”


“Matlamat utama apabila merawat MS ialah untuk mengurangkan aktiviti penyakit secepat mungkin bagi memperlahankan perkembangan ketidakupayaan seseorang.

Jika tidak diuruskan dengan baik, individu dengan sklerosis berbilang yang teruk mungkin boleh mengalami ketidakupayaan sepenuhnya atau yang tidak dapat dipulihkan,” tambah Dr Low.


Dalam memberi penjelasan mengenai jenis-jenis MS, Dr Chey Shin Yee, Pakar Perunding Neurologi, berkata: “Ia termasuklah individu yang mengalami MS relaps-remisi atau yang berulang-ulang (RRMS), iaitu jenis paling biasa yang berlaku pada pesakit. Individu yang mempunyai RRMS mengalami episod gejala neurologi yang berulang-ulang, diikuti tempoh reda atau remisi. Satu episod boleh berlarutan selama beberapa hari atau minggu, dan pemulihannya mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan, bergantung kepada gejalanya, bahkan pada sesetengah pesakit ada gejala yang tidak hilang sepenuhnya.”


“Lama kelamaan, RRMS yang dialami sesetengah individu boleh berubah menjadi MS progresif sekunder (SPMS), di mana fungsi neurologi semakin merosot dan ketidakupayaan pula terkumpul secara berperingkat, walaupun tiada relaps. Perubahan ini biasanya berlaku selepas bertahun-tahun mengalami RRMS.”


“Sklerosis berbilang progresif primer (PPMS) adalah jenis MS yang lebih jarang berlaku. Tidak seperti MS relaps-remisi (RRMS), di mana pesakit mengalami episod gejala yang semakin teruk dan disusuli tempoh remisi (reda), PPMS dicirikan oleh gejala yang semakin teruk dari awal, tanpa relaps atau remisi yang ketara. Individu dengan MS yang sudah teruk mungkin terpaksa bergantung kepada alat bantuan pergerakan atau menggunakan kerusi roda, tidak dapat bekerja dan lambat laun mereka juga akan memerlukan penjaga,” tambah Dr. Chey.


Dr Low dan Dr Chey turut menegaskan kepentingan berjumpa pakar neurologi apabila mengalami gejala-gejala mirip MS untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan mengenepikan keadaan neurologi lain yang mungkin meniru gejala MS.


En. Rizal Aminuddin, Presiden Persatuan Multiple Sklerosis Malaysia (MSSM) yang turut menjadi penjaga, berkata, “Kami sangat berbesar hati kerana Roche sudi berkolaborasi bersama kami untuk meningkatkan kesedaran nasional mengenai intervensi awal, rawatan dan pengrusan bagi mengelakkan perkembangan penyakit ini.”


“MSSM percaya kepada pendekatan yang holistik dan inovatif untuk rawatan MS. Kami sentiasa memperjuangkan agar ubatan baharu ini tersedia untuk pesakit dan menyokong  pengamal perubatan am diberi latihan mengenali MS supaya mereka juga boleh membantu mengesan MS dari awal serta menyalurkan pesakit kepada pakar yang tepat untuk rawatan susulan.


“Saya juga bercakap daripada pengalaman sendiri sebagai penjaga MS apabila berkongsi kisah perjalanan pesakit yang agak traumatik jika mereka tidak disalurkan kepada rawatan dan sokongan perubatan yang tepat dari awal,”
tambahnya.


En Rizal yang menjaga isterinya sejak dia disahkan menghidap MS pada 2011, sangat menghargai usaha Roche Malaysia kerana menyokong pesakit dengan menyediakan program bantuan pesakit bagi membolehkan mereka mendapat akses kepada rawatan yang memberikan hasil yang lebih baik.


“Program bantuan pesakit menolong meringankan beban kewangan pesakit dan keluarga mereka, memastikan pesakit boleh mengakses penjagaan yang diperlukan dengan fikiran yang tenang,” tambah Rizal.


Deepti juga memaklumkan bahawa kolaborasi bersama MSSM itu sejajar dengan matlamat Roche ‘Melakukan sekarang apa yang pesakit bakal perlukan’ (‘Doing now what patients need next’.) “Dengan mengamalkan pendekatan yang menyeluruh dan menghapuskan sebarang bentuk halangan, kami ingin memperkasakan setiap individu yang terkesan dek MS supaya mereka dapat menerima sokongan dan sumber yang diperlukan dalam perjalanan ke arah kesihatan yang lebih baik,” jelas Deepti. 




Data Klinikal yang Menyokong Keberkesanan OCREVUS®
Data klinikal menunjukkan bahawa OCREVUS® berkesan dalam memperlahankan perkembangan ketidakupayaan (RMS) dan merawat pesakit dengan PPMS5.

Keberkesanan OCREVUS® untuk rawatan RMS telah ditunjukkan dalam dua ujian klinikal, OPERA I dan OPERA II, di mana 1,656 peserta dirawat selama 96 minggu.

Dalam kedua-dua ujian, insiden relaps dalam kalangan pesakit yang menerima OCREVUS® didapati berkurang sebanyak hampir separuh (46%).


Ia juga terbukti berkesan dalam memperlahankan perkembangan penyakit di mana peserta yang menerima OCREVUS® kurang berkemungkinan mengalami perkembangan ketidakupayaan (40%), manakala peratusan peserta yang mengalami perkembangan ketidakupayaan adalah kecil (9.8%). Ramai peserta (33%) juga menunjukkan peningkatan yang baik dari segi ketidakupayaan selepas 3 bulan mengambil OCREVUS®. Ubat ini juga terbukti dapat mengurangkan lesi otak.


Kedua-dua kajian menunjukkan pengurangan lesi yang ketara menerusi imbasan MRI, dengan kadar 94% dan 95% masing-masing. Dalam kajian ORATORIO untuk PPMS ke atas 732 peserta yang dirawat selama sekurang-kurangnya 120 minggu, OCREVUS® didapati melengahkan perkembangan ketidakupayaan di mana peserta yang diberikan OCREVUS® kurang berkemungkinan mengalami perkembangan ketidakupayaan  (24%).


OCREVUS® telah diluluskan oleh US FDA pada Mac 2017 untuk orang dewasa yang mengalami RMS dan PPMS10. Di negara kita, ia telah diluluskan pada November 2023 untuk rawatan RMS dan PPMS.

OCREVUS® telah dimasukkan ke dalam Program Bantuan Pesakit Roche (RPAP) yang membantu pesakit berkelayakan mengakses ubat-ubatan Roche yang dipreskripsikan oleh doktor di bawah skim bersubsidi untuk menyokong keseluruhan kos rawatan mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai MS, OCREVUS® dan RPAP, sila hubungi pakar neurologi atau doktor yang merawat anda.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu