Skip to main content

Miliki Rumah Idaman Dikelilingi Alam Semulajadi | Meora dan Ferra Di Eka Heights

Miliki Rumah Idaman Dikelilingi Alam Semulajadi | Meora dan Ferra Di Eka Heights

 Nak beli rumah ni bukan sekadar cari sebuah rumah tetapi juga mencari kediaman yang menepati citarasa serta gaya hidup seseorang. Barulah kena dengan tagline “Rumahku, Syurgaku”.

 
Ciri Lengkap Rumah Idaman
 
Eka Heights menawarkan kediaman sangat selesa dan selamat untuk penduduk.
 
Rumah di sini dikelilingi dengan persekitaran menghijau, tenang berserta fasiliti lengkap dan moden. Padanlah unit rumah di Eka Heights mendapat permintaan yang tinggi dan pantas terjual.



Kawasan seluas 371 ekar ini mempunyai 3,620 unit kediamandengan layout pelbagai bersesuaian dengan gaya hidup dan saiz keluarga. Bukan itu sahaja, 25 unit komersial disediakan untuk kemudahan penduduk. Selain itu penduduk boleh memilih untuk beriadah di Mageka Park seluas 15.5 ekar .Dari segi keselamatan, pihak pemaju menyediakan Pagar perimeter dan Pondok Rukun Tetangga untuk keselesaan penduduk.
 
Lokasi Strategik Dan Mudah Akses
 
Salah satu faktor yang diambil kira masa beli rumah ialah lokasi yang memudahkan pembeli. Eka Heights ni terletak di Lembah Wawasan Malaysia yang merupakan koridor pembangunan barat Negeri Sembilan. Kawasan ni mudah diakses dari lebuhraya utama seperti KLIA Linkage dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) .  Kalau kerja kat Kuala Lumpur pun senang nak ulang alik.
 
 
Dikelilingi Alam Semulajadi
 
Dah penat bekerja mestilah nak cari tempat beriadah dan luangkan masa bersama keluarga. Jangan risau, penduduk Eka Heights boleh berjalan atau berkelah di sekitar tasik berkeluasan 8 ekar. Bukan itu je, ada juga ruang bermain untuk kanak-kanak seperti buaian gergasi dan gelongsor. Nak relax di Sundial Plaza atau berbasikal dan jogging di sekeliling taman pun boleh.








MEORA & FERRA , Eka Heights Dibuka Untuk Jualan
 
Bagi yang masih mencari rumah idaman jangan lepaskan peluang miliki unit rumah di MEORA (Precint 4) dan FERRA (Precint 8A) di Eka Heights
 
MEORA menawarkan konsep rumah moden dan semulajadi. Unit ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air dengan keluasan 2,245 kaki persegi.
 
Bukan je rekabentuk cantik, unit ini menawarkan Sistem Rumah Pintar. Penduduk juga boleh menikmati kemudahan eksklusif yang disediakan. Pinjaman bermula RM 574,999*
 



Unit kediaman FERRA menawarkan konsep kontemporari dengan susun atur terbuka. Ada Sistem Rumah Pintar tau!
 
Kediaman ini mempunyai keluasan 20' x 70' atau 2,142 kaki persegi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air.







 
Lagi best, pembeli unit FERRA dapat keahlian rumah kelab. Bolehlah guna fasiliti yang ada. Untuk unit ini pinjaman bermula RM 476,999*
 
Bagi yang berminat boleh terus hubungi Matrix Concept melalui Whatsapp di sini https://wa.link/ghtaxx
 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu