Skip to main content

Dato Dr Nazri Khan (DDNK) Catat Sejarah Sebagai Juara Trader Dunia 2024, Lambang Keunggulan Malaysia Di Peringkat Global.

Dato Dr Nazri Khan (DDNK) Catat Sejarah Sebagai Juara Trader Dunia 2024, Lambang Keunggulan Malaysia Di Peringkat Global.

 Dato' Dr Nazri Khan, atau lebih dikenali sebagai DDNK, Pengurus Dana Bertauliah yang Berlesen Malaysia, telah mencipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama yangdinobatkan sebagai Juara Trader Dunia 2024 di pentas berprestif ‘WorldCup Trading Championship’ dengan rekod pulangan sebanyak 302.5% suku pertama, 179.6% suku kedua dan 357.2% untuk suku ketiga.



Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas
antarabangsa tetapi juga membawanya menerima pengiktirafan oleh The
Malaysia Book of Records dengan gelaran "Most World Cup Trading
Championship Won In A Year 2024."

Pencapaian ini tidak datang tanpa cabaran besar. Untuk muncul sebagai
juara dalam kejohanan perdagangan yang berprestij ini, DDNK terpaksa
mengharungi persaingan sengit daripada ribuan para pedagang terbaik
dunia yang memiliki kemahiran luar biasa serta strategi yang canggih.
Pencapaian beliau juga adalah bukti keberkesanan kerangka Ekonomi
Digital selaras dengan Ekonomi Malaysia Madani, yang menyokong
pembangunan modal insan yang berintegriti, inovatif, dan kompetitif di
peringkat dunia.



Dengan kejayaan ini, DDNK telah membuktikan bahawa anak Malaysia
mampu membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa, mengangkat
reputasi negara sebagai pelahir pedagang berkualiti tinggi dan mampu
bersaing dalam pasaran global.

“Pengiktirafan ini juga merupakan inspirasi bagi golongan pedagang dan
pelabur di Malaysia mengenai kepentingan tentang ilmu pelaburan dan
kewangan menerusi kelas-kelas saham yang dianjurkan.

"Saya membuktikan bahawa walaupun berhadapan dengan persaingan
global yang sangat kompetitif, anak tempatan berpotensi untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dengan usaha gigih dan ketekunan dalam ilmu
pelaburan saham.




"Hanya satu harapan, kejayaan saya ini dapat menjadi pembakar
semangat kepada semua pihak terutamanya golongan muda di Malaysia
untuk menceburi bidang perdagangan saham khususnya dengan lebih
serius dan melihatnya sebagai jalan menuju kecemerlangan,"
menurut
Dato' Dr Nazri Khan.

Melalui pencapaian luar biasa itu, DDNK bukan sahaja meningkatkan imej
Malaysia di peringkat antarabangsa tetapi juga menonjolkan potensi
sebenar negara dalam melahirkan individu berkualiti yang mampu
mencapai kejayaan di arena dunia.

Dengan semangat dan visi selaras dengan prinsip Malaysia Madani, DDNK
diharapkan akan terus memotivasikan rakyat Malaysia untuk terus maju
dan merebut peluang demi kemajuan ekonomi dan nama baik negara.

"Terima kasih juga kepada Malaysia Book Of Record atas pengiktirafan
yang diberikan kepada saya.

"Sudah tentu, ia akan menjadi pembakar semangat dalam mendepani
masa depan dan bersama mengangkat martabat negara.

“Saya akan berkongsi kejayaan ini dengan rakyat Malaysia tidak lama
lagi. Saya ingin melihat lebih ramai rakyat Malaysia menjadi juara
khususnya perdagangan pasaran saham demi meningkat tahap kewangan
untuk setiap isi rumah,"
katanya.




Menang Saham 2.0

Rentetan daripada kejayaan itu, DDNK, nama yang sudah tidak asing lagi
dalam pendidikan pelaburan kini kembali dengan seminar terbarunya
yang dikenali sebagai Menang Saham 2.0 (MS 2.0).

Ia adalah sebuah program yang direka khas untuk membantu pelabur,
pedagang baru dan berpengalaman mengetahui ilmu pasaran seiring
dengan mendepani cabaran masa hadapan.

Sepanjang pembabitan DDNK dalam dunia pelaburan saham, beliau telah
melahirkan hampir 300,000 peserta pelaburan saham yang turut
merangkumi penyertaan dalam program Menang Saham. Mereka yang
hadir dari pelbagai latar belakang, termasuk mereka yang tidak
mempunyai asas dalam dunia pelaburan. Menariknya, 80% daripada
peserta adalah ‘newbie’.

Berfokuskan kepada pasaran global, Menang Saham 2.0 akan
memperkenalkan pelabur, pedagang kepada saham-saham gergasi dunia,
membimbing rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga Sabah dan
Sarawak dengan ilmu pasaran yang baharu.
DDNK juga akan berkongsi ilmu kepada rakyat Malaysia, apakah rahsia
kejayaan beliau hingga menjadi Juara Trader Dunia 2024 selama tiga
musim berturut-turut.

Program ini bukan sekadar kelas pelaburan. Ia adalah platform untuk mengubah rakyat Malaysia biasa menjadi trader bertaraf global. Dengan sokongan alat inovatif, integrasi AI, dan strategi yang diiktiraf dunia, Menang Saham 2.0 menjanjikan perubahan dalam cara rakyat Malaysia melihat dan terlibat dengan pelaburan dan trading.

"Menang Saham 2.0 bukan sekadar satu kemunculan semula, ia adalah gerakan untuk memperkasakan setiap rakyat Malaysia, daripada yang baru bermula hingga trader berpengalaman, untuk berjaya dalam pasaran global menggunakan teknik yang telah menjadikan saya juara dunia.

Inilah masanya untuk menjadikan trading mudah diakses oleh semua,"
katanya.

Menang Saham 2.0 secara rasmi akan dilancarkan pada 21 Disember
2024.

Sertai DDNK dan temui cara untuk membuka peluang potensi kewangan
anda dengan alat dan strategi yang terbukti. Info lanjut tentang program

Autopilot Investor

Disamping itu, DDNK turut melancarkan buku terbaru beliau, Autopilot Investor, khas untuk para pelabur, pedagang serta peserta dalam program Menang Saham 2.0 oleh DDNK bermula 21 Disember 2024 dengan pendekatan pelaburan terbaru dari DDNK






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu