Skip to main content

Felda Residence Hot Spring | Kolam Air Panas Semulajadi

Felda Residence Hot Spring | Kolam Air Panas Semulajadi

 Cuti sekolah yang lepas I bawa anak anak mandi kolam air panas 


Sebenarnya I dah lama simpan impian nak ke sini. Tapi banyak faktor kena ambil kira hahaa. Akhirnya dapat juga bawa family. Abah je taknak ikut. 

Kami ambil One- Bedroom Villa. Sebenarnya I nak yang 2 bilik tapi date yang I nak tu cuma ada 1 dan 3 bilik je. Masa tu Nanny tak confirm nak ikut. Jadi pilih 1 bedroom dulu. 

Perjalanan dari Ampang ke Sungkai tak sampai 2 jam pun. Maybe sebab hari Isnin kan. 

Dari jalan besar nak ke hotel lebih kurang 10KM. Boleh tahan juga kami dok membayangkan nak keluar malam nanti. Kena lalu ladang bagai. Aduhh. 

I dah confirmkan dengan reception TIADA DEPOSIT. Bukan apa, I mana ada cash hahaha. Proses check in sekejap je. 

Masa check in ada family nak beli tiket kolam air panas. Baru I tahu orang luar pun boleh masuk tapi after 5pm sahaja. 

Kami dapat Villa 3. Siap dapat peta lagi. Yelah tempat tu besar. Staff bagi nombor Whatsapp untuk request air jacuzzi. 

Untuk ke Villa, kami kena keluar balik main gate, lebih kurang 200m belok kanan. 



Villa Besar Wehhhhh

Ye I memang terkejut. Buka buka je pintu tengok ruang tamu luas, dapur pun luas. Lagi besar dari dapur I. 

Buka pintu bilik extra terkejut. Bilik dia saiz rumah I agaknya HAHHAHAHAH. 






Bahagian ruang tamu TIADA AIRCOND. ada sofa yang selesa dan tv. Ada Astro tapi limited channel lah. Janji ada kartun dah okay dah

Tandas ada dalam bilik. Siap dengan bathtub. Toiletries dapat 2 syampu dan 2 bar soap. 

Raline bukan main seronok berlari sana sini. 

I memang bawa tilam angin dan topper. Senang nak bagi anak anak bergolek. Link kat bawah tau. 

Tilam Angin Modofo

Topper 

Contact Staff Untuk Air Jacuzzi 

I terus whatsapp staff  nak air jacuzzi. Kena bagitahu villa nombor berapa. Sambil tu I buat content lah, apa lagi kan. Hahaha.

Mamak Murah Di Sungkai

Hari pertama takde aktiviti pun. Malam tu keluar dengan husband tapau nakanan. I tak dapat ambil gambar tapi kalau korang cari makanan please search for Restoran Farzana. Terletak lebih kurang 17KM dari hotel. 

Nasi Goreng Cina RM 5.50 wehhhh mana nak dapat kat KL ni. I beli Set 4 orang ada Siakap, Tomyam for two, Sayur, Telur Dadar for two, dan Nasi Putih 4 baru RM68 

Makanan dia berasa! Kira sedap lah.  

Balik tu berendam air panas di jacuzzi



Mandi Kolam Puas Puas

Ye, esoknya husband ke reception sebab nak beli extra tiket. 

RM 15 per person

Harga sama tak kisah dewasa, kanak kanak atau warga emas. Raline free. 

Husband hantar bebudak ke Kolam Air Sejuk dulu. Biar diorang puas. Petang tu I jemput diorang bawa balik Villa. 


Memang bertukar warna ye anak anak I. Hahhaha sesekali. 

Petang sikit dah redup kami ke Kolam Air Panas. Sebenarnya boleh jalan kaki dari Villa tapi sebab bawa Raline takutlah tetiba bahang ke panas ke. 

Ada pilihan buggy. Tapi kami jalan kaki je. Konon nak cari Zoo,  tak jumpa pulak. Maka kami jalan ikut jambatan kayu. 

Ada air panas yang mengalir, ada sauna semulajadi. Teruja tengok air berasap asap. 



Kolam Air Panas 

Masa kami sampai tu belum 5pm lagi agaknya. Jadi semua yang ada ialah orang yang menginap. Takde lah ramai sangat. 

Masa mula mula masukkan kaki dalam air panas rasa macam tak tahan. Tapi lama lama okay je. Kami sekeluarga mandi tengahari pun guna heater HAHAHAHA. Syok berendam. 

Si Raline taknak masuk dalam air. Jadi I bersila di tepi dengan dia. Yang paling seronok si Ash dengan Ayahnya. 

Lepas pengunjung luar masuk, ya Rabbi ramai ye. Rasa macam diserbu. HHAHAHHA. 

Kami bergerak ke tempat lain. 

Kat situ ada kemudahan bangku, rak kasut dan air sejuk untuk bilas balik. 



Berhampiran situ ada kolam mandi toddler. Kecik je. Raline taknak main situ. 

Kami decide nak berjalan ke kolam air sejuk pulak. 

Kat situ ada anak sungai tau. Masa datang tadi nampak 1 family tangguk anak ikan di situ. Siap bawa mini akuarium. 

Abang pun cakap nampak anak ikan berenang renang. Tapi sebab kami tak bawak tangguk or jaring maka tak dapatlah cari anak ikan.


Banyak rupanya kolam air panas kecik kecik. Untuk rendam kaki nak rendam badan pun boleh. 

Tak silap I ada juga jacuzzi berbayar di situ. RM 50 rasanya. Tapi kami kan dah ada private jacuzzi di villa. 



Kolam Air Sejuk

Finally sampai Kolam Air Sejuk. Takde lah jauh tapi maybe jalan sambil dukung Raline, mengah jugak lah hahahha. Ada juga family bawa troli wagon siap siap. Senang kan letak barang barang dalam tu. 

Kat sini ada macam cabana or pondok. Rasanya berbayar sebab nampak ada rantai kuning. Tapi I tak pergi dekat dekat lah. Kami duduk tepi je






Disebabkan kereta park di entrance husband I kena menapak ambil kereta. HHAHAHAH 

The kids I suruh jalan kaki je sebab dekat sangat dengan villa. 

Malam tu kami dinner di luar. Husband ajak makan di simpang jalan besar. Kira 10KM je lah. Ni kedai Melayu . Lupa lah nama dia. Akhbarsha Tomyam kot. ada 1 je kedai kat simpang masuk tu. 

Yang ni katanya buka around 4pm dan last call 1am. 

Tapi rasanya kami tak berani nak keluar sampai 12am HAHAHHA sunyi ye jalan keluar masuk. 

Kesimpulannya, tempat ni memang tenang dan cantik. Tapi kami ni penakut, termasuklah laki I HAHAHHAHA. 

Rasa macam taknak repeat buat masa terdekat. Tapi entah nak juga bawa Abah datang. Insya Allah ada rezeki memang nak datang lagi. Tapi nak bawa food selengkapnya sebab taknak keluar malam. Sherammmmm. 

Tepi jalan banyak nauu pokok pisang melambai. Nampak macam 'benda lain' pulak 😭



Pengalaman

Tau tak malam kedua tu, tengah lepak dalam bilik dengan Ash, Nanny, Raline tetiba Raline menjerit ketakutan sambil tunjuk bahagian depan pintu bilik air. Dua kali dia tunjuk. Lepas tu dia peluk Nanny sambil mata menjeling kat situ. 

Nasib sekejap je dan tak berlarutan. 

Agaknya 'benda' tu tumpang lalu kot eh 😭 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....