Jenama teknologi kesejahteraan global, Amezcua, meraikan ulang tahun ke-20 penubuhannya dengan pelancaran global GX-1 Bio-Reset System — grounding mat tanpa kuasa elektrik yang direka untuk melengkapkan rutin kesejahteraan harian.
Pelancaran di Kuala Lumpur menandakan fasa pertama strategi peluasan Amezcua bagi tahun 2026 ke rantau Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika Sub-Sahara, yang kini mencatat peningkatan ketara dalam amalan kesejahteraan sebagai gaya hidup dalam kalangan pengguna.
Ekonomi kesejahteraan di Malaysia dianggarkan bernilai kira-kira USD31.8 bilion, menandakan minat pengguna yang konsisten terhadap penyelesaian kesejahteraan berasaskan gaya hidup, menurut laporan Global Wellness Institute, 2024.
Direka untuk kegunaan harian di rumah atau di tempat kerja, GX-1 tidak memerlukan bekalan elektrik, pengecasan, bateri atau sambungan berkuasa. Sebagai tikar tanpa kuasa, ia tidak menjana arus elektrik atau memancarkan sebarang isyarat. Sistem ini merangkumi wayar konduktif yang menghubungkan tikar utama kepada pad sentuhan di lantai. Tikar mudah alih ini bertujuan melengkapkan rutin rehat, pemulihan dan kesejahteraan menyeluruh sebagai sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat.
Amezcua merupakan jenama teknologi kesejahteraan di bawah QNET, sebuah syarikat jualan langsung yang memfokuskan kepada kesejahteraan dan gaya hidup. Pelancaran terbaharu ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi tersebut dalam menyediakan penyelesaian kesejahteraan yang mudah diakses dan berinspirasikan alam semula jadi.
“Sepanjang dua dekad yang lalu, kami telah menyaksikan peralihan ketara di peringkat global daripada pendekatan penjagaan kesihatan reaktif kepada kesejahteraan yang bersifat proaktif,” kata Mattias Mildenborn, Ketua Pegawai Eksekutif QNET. “GX-1 mencerminkan peralihan ini dengan menawarkan penyelesaian ringkas tanpa kuasa elektrik yang direka untuk diintegrasikan secara lancar ke dalam gaya hidup moden tanpa memerlukan kebergantungan tambahan kepada teknologi digital.”
Grounding — juga dikenali sebagai “earthing” — merupakan amalan kesejahteraan yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. GX-1 dibangunkan di bawah bimbingan Amezcua Scientific Advisory Board, yang terdiri daripada pakar dalam bidang sains tenaga dan kesihatan integratif, termasuk Profesor Dr. Konstantin Korotkov, yang penyelidikannya meneroka interaksi bioelektrik dan persekitaran. (Korotkov, K.G., penerbitan akademik dan penyelidikan Bio-Well)
Amezcua menekankan kepentingan komunikasi yang jelas dan bertanggungjawab dalam sektor kesejahteraan yang semakin berkembang dan memposisikan GX-1 sebagai produk gaya hidup untuk kesejahteraan dan bukan sebagai peranti perubatan.
Menurut Elena Khoo, Ketua Pegawai Pemasaran QNET, ketelusan menjadi semakin penting seiring peningkatan tahap kesedaran pengguna. “Sektor kesejahteraan sedang berkembang pesat dan pengguna kini semakin bijak menilai dan peka dalam membuat pilihan. Tanggungjawab kami adalah untuk menjelaskan bahawa grounding merupakan amalan gaya hidup pelengkap, bukannya rawatan atau intervensi perubatan — satu pendekatan telus yang penting untuk membina kepercayaan jangka panjang.”
Bahan, Keselamatan dan Kualiti
GX-1 terdiri daripada lapisan atas electroconductive polyurethane (PU) dan lapisan asas busa Thermoplastic Polyester Elastomer (TPE). Ujian bebas yang dijalankan oleh Bureau Veritas mengesahkan bahawa bahawa bahan-bahan tersebut mematuhi peraturan keselamatan kimia Kesatuan Eropah REACH (Registration, Evaluation, Authorisation and Restriction of Chemicals), tanpa kehadiran Substances of Very High Concern (SVHC). Bahan yang digunakan bersifat hipoalergenik dan selamat untuk sentuhan kulit dalam tempoh yang panjang. Produk ini dihasilkan di bawah sistem pengurusan kualiti yang diperakui ISO 9001:2015 dan diposisikan sebagai tikar kesejahteraan umum tanpa kuasa elektrik, bukan peranti perubatan.
Format Produk dan Kegunaan Harian
GX-1 tersedia dalam satu set yang mengandungi dua unit yang terdiri daripada satu tikar bersaiz besar dan satu tikar bersaiz kecil. Tikar besar direka untuk pelbagai kegunaan — contohnya di atas katil di bawah cadar, diletakkan pada kerusi atau sofa, atau sebagai tikar yoga dalam rutin kesejahteraan peribadi. Tikar kecil pula direka untuk dibawa ke mana-mana, termasuk untuk digunakan semasa perjalanan (contohnya dalam kapal terbang) dengan meletakkannya di bahagian kaki, atau di meja kerja. Bagi pengguna yang memerlukan permukaan yang lebih luas, kedua-dua tikar boleh disambungkan untuk membentuk permukaan grounding yang lebih besar.
Produk ini boleh didapati melalui e-kedai rasmi QNET dan menerusi Pengedar Bebas Sah di pasaran terpilih.
Seiring peluasan Amezcua ke pasaran baharu sepanjang tahun 2026, pelancaran GX-1 mencerminkan fokus berterusan jenama ini terhadap teknologi kesejahteraan berinspirasikan alam semula jadi yang disesuaikan dengan gaya hidup kontemporari.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amezcua.com.





Comments
Post a Comment