Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Minta Derma Dalam Mall

 
Holala
 
I ni kan selalu tunggu Ocin 3,4 jam kat mall. pastu banyaklah bertemu dengan orang yang minta sumbangan ni. macam macam jenis orang ada. memula okay je, tapi bila dah pelbagai bangsa muncul, berulang ulang pulak tu, I dah start curiga dah.
 
Ada Indonesian (based on slang dia lah) mintak contribution untuk rumah anak yatim. I memang takde duit time tu, so I tak bagi lah. tapi pastu nampak ada member lagi sorang ajak dia blah. katanya dia dah masuk 'area' orang. hamboi mintak sumbangan ada area gitcheww.
 
ada Chinese minta sumbangan rumah kanak kanak OKU. dia ada tunjuk fliers.  aku pun tak paham -,- sebab tulisan Cina. haha I bagi jelah apa yang ada. pastu I kan duduk tingkat ni sejam. tingkat atas sejam. dia mintak lagi. alahai dia mesti lupa kan -,-
 
Tu kat KLCC. kat Avenue K pun ada sama. 3 jam I duduk, 3,4,5,6 kalilah dia datang mintak. kekadang sampai I kena cakap, "I dah bagi kat kawan you tadi. sama je kan?" gaya dia sama je. dah trained sebegitu kot
 
"halo kak. dont worry bukan jual barang kak..."
 
I dah cakap No sebab I memang takde cash. hati kering kan gua pergi kerja tak bawak 10sen pun -,-'
 
 
Ni I snap curi curi je pun. Dia approach orang tu. Kawan dia pulak tunggu dekat escalator sambil tengok sekeliling. dorang sorok sorok dari guard and orang kedai kot

 
Tengok dorang ni I teringat zaman zaman study dulu. taktahu lah wujud ke tak zaman ni. dulu famous yang group of people yang claim diri dorang student, lepas tu dia akan bagi 1 kertas kat kita kalau tulis nama. kononnya dorang buat research la apa lah, kalau kita nak bagi derma, agaknya nak bagi berapa? tu satu, another story I dengar dia akan tunjuk pen/kraf yang dorang buat so suruh kita tulis marks/ harga yang sepatutnya dorang jual pen tu. Macam RM 10 ke Rm 20 ke.
 
katanya tulis je kan. pastu lepas sign dia akan minta amount tu. dia paksa okay. kalau kita refuse bayar I taktahu la apa jadi. sebab kami pernah kena. I dengan lagi sorang GF dah lepas sebab kami memang tak layan. lagi sorang ni baik sangat stop and layan. end up dia TERPAKSA bayar RM 30 untuk pen bodoh tu -,-
 
seriously taktahu duit tu kemana. maybe betul ke rumah anak yatim, tapi ganasnya cara mintak oi
 
benda tu jadi kat station Kelana Jaya. time I kerja kat Midvalley pun sama. keluar dari station tu dorang dok kejar kita -,-'' tapi kalau nampak kita pakai uniform memang takkan kacau lah.
 
and rasanya macam se-geng dengan bebudak gores dan menang. dulu kan I kerja tepi jalan. so pernah lah lepak dengan budak budak tu. ada communication problem, susah nak borak
 
I tau lah sedekah tu based on keikhlasan. and kemana saluran duit tu terpulang pada dorang lah. tapi tu lah, sangat menganggu ketenteraman. hari hari I melepek kat mall tu 3,4 jam, maka hari hari lah nampak dorang ni. sampai bila nak habis daaa
 
Tapi apa pun yang I puji dorang ni tak pernah lah buat muka setakat ini kalau I menolak. kena faham okay, bukan semua orang pergi kerja bawak cash. ada orang kan mindset pakai smart smart mesti poket tebal. haha tebal lah, tebal dengan kad. cash zero. ada jenis orang yang minta sumbangan ni, bila orang menolak dia dah start buat muka. tampo japgi tahu lah. grr
 
okay till then, xoxo

Comments

  1. akak kalu tgh mkn adda org mintak2 derma mcm ni mmg lps tu tak pg mkn kt situ lg lah...

    kadang kalu yg org buta jual tisu tuh hulur jgk lah...
    tp kalau yg mcm ni mmg mls layan...
    pandai btl depa ni yek...

    ReplyDelete
  2. Kat sini pn cm tu gak. Klau foreigner mek cam tragak agk skit nk bg. Yg latest time mek mkn dia mntk, org local kita jugak. Tp lpas kt bg duit dia terus doa untuk kita. Rase cm di apprexxciate sangat

    ReplyDelete
  3. Bash kalau orang berjual bash bagi je.. Tapi pernah sekali dia jual tisu. Kita bagi singgit tapi dia tak bagi pun tisu tuuu... Err..

    ReplyDelete
  4. Most of the times, I tak beli apa dia jual. I cuma yg setakat mampu. Yg kelakarnya, bila pergi tempat lain, muka yg sama muncul.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu