Skip to main content

Konsert 4U2C Ubati Rindu Peminat HipHop 90an

E-Operasi | Modul Pengurusan Guru Membantu Memudahkan Kemaskini Maklumat

Pernah dengar tentang EOperasi? E-Operasi Modul Pengurusan Guru merupakan salah satu Modul daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
 
 
 
Di sini I nak kongsi sesuatu yang menarik untuk semua pembaca. Ha E-Operasi ni adalah sebuah aplikasi digunakan oleh para guru untuk mengemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan. Ini juga merupakan antara inisiatif daripada  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mungkin ramai antara kita yang masih tidak tahu,  kerajaan telah membangunkan banyak sistem bagi memudahkan pengguna antaranya SAPS Ibu Bapa , APDM ( Aplikasi Pangkalan Data Murid) , HRMiS dan  Jawatan Kosong. Ini adalah untuk memudahkan proses penyimpanan data selain membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik
 
Selain itu, e-operasi juga boleh digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG). Mudah bukan? Sistem ini sememangnya memudahkan urusan kerana semua fakta dan data berada di hujung jari sahaja. Maklum sahajalah, zaman IT ni semuanya nak ringkas dan cepat. Selain menjimatkan masa, ianya sangat membantu dalam urusan seharian
 
 
 
Mesti teruja nak menggunakan sistem terbaru ini bukan? Baiklah di bawah disertakan cara-cara menggunakan sistem E-Operasi Modul Pengurusan Guru  dengan betul
 
Bagi mengetahui panduan untuk log in E-Operasi secara online, boleh klik di sini-> eOperasi
 
Guru-guru amatlah digalakkan menggunakan website ini sebagai 'shortcut'. Jangan risau kerana tidak akan terjadi masalah seperti 'website down' atau terjadi 'laman tidak dapat diakses'. Sangat mudah, hanya klik link yang diberikan dan boleh terus ikut arahan selanjutnya
 
Seronok kan bila dapat 'shortcut' ke satu-satu laman web ini. Bukan sahaja memudahkan, malah menjimatkan masa. Jadi kena ingat, kalau nak belajar cara-cara menggunakan website eOperasi, boleh klik saja link yang diberikan.
 
 
 
Modul E-Operasi ini menguruskan hal-hal berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna sama ada guru atau bukan guru pentadbir sistem seperti pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah
 
Antara kebaikan sistem ini ialah dapat membantu menjimatkan masa, memudahkan urusan selain melancarkan perkhidmatan dan proses kemaskini maklumat.
 
Jom share artikel ini dengan kawan-kawan sepejabat, kawan-kawan dan para pembaca blog anda agar dapat membantu memberi kesedaran tentang kewujudan sistem yang sangat memudahkan. E-Operasi bukan sahaja dapat membantu mereka mengemaskini data dengan lebih mudah dan cepat, tetapi juga membantu melancarkan urusan seharian.
 
 
 
 
 *pictures courtesy: Google
 
 
 

Comments

  1. menarik ya ada modul macam ni utk guru2

    ReplyDelete
  2. Bagus untuk memudahkan kerja hakiki perguruan kan...semoga di permudahkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....