Pernah dengar tentang EOperasi? E-Operasi Modul Pengurusan Guru merupakan salah satu Modul daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Di sini I nak kongsi sesuatu yang menarik untuk semua pembaca. Ha E-Operasi ni adalah sebuah aplikasi digunakan oleh para guru untuk mengemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan. Ini juga merupakan antara inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mungkin ramai antara kita yang masih tidak tahu, kerajaan telah membangunkan banyak sistem bagi memudahkan pengguna antaranya SAPS Ibu Bapa , APDM ( Aplikasi Pangkalan Data Murid) , HRMiS dan Jawatan Kosong. Ini adalah untuk memudahkan proses penyimpanan data selain membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik
Selain itu, e-operasi juga boleh digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG). Mudah bukan? Sistem ini sememangnya memudahkan urusan kerana semua fakta dan data berada di hujung jari sahaja. Maklum sahajalah, zaman IT ni semuanya nak ringkas dan cepat. Selain menjimatkan masa, ianya sangat membantu dalam urusan seharian
Mesti teruja nak menggunakan sistem terbaru ini bukan? Baiklah di bawah disertakan cara-cara menggunakan sistem E-Operasi Modul Pengurusan Guru dengan betul
Bagi mengetahui panduan untuk log in E-Operasi secara online, boleh klik di sini-> eOperasi
Guru-guru amatlah digalakkan menggunakan website ini sebagai 'shortcut'. Jangan risau kerana tidak akan terjadi masalah seperti 'website down' atau terjadi 'laman tidak dapat diakses'. Sangat mudah, hanya klik link yang diberikan dan boleh terus ikut arahan selanjutnya
Seronok kan bila dapat 'shortcut' ke satu-satu laman web ini. Bukan sahaja memudahkan, malah menjimatkan masa. Jadi kena ingat, kalau nak belajar cara-cara menggunakan website eOperasi, boleh klik saja link yang diberikan.
Modul E-Operasi ini menguruskan hal-hal berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna sama ada guru atau bukan guru pentadbir sistem seperti pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah
Antara kebaikan sistem ini ialah dapat membantu menjimatkan masa, memudahkan urusan selain melancarkan perkhidmatan dan proses kemaskini maklumat.
Jom share artikel ini dengan kawan-kawan sepejabat, kawan-kawan dan para pembaca blog anda agar dapat membantu memberi kesedaran tentang kewujudan sistem yang sangat memudahkan. E-Operasi bukan sahaja dapat membantu mereka mengemaskini data dengan lebih mudah dan cepat, tetapi juga membantu melancarkan urusan seharian.
*pictures courtesy: Google
menarik ya ada modul macam ni utk guru2
ReplyDeleteBagus untuk memudahkan kerja hakiki perguruan kan...semoga di permudahkan.
ReplyDelete