Skip to main content

Jelajah PKSK bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar & Guru Ikon FlyHigh

Konsert 4U2C Ubati Rindu Peminat HipHop 90an

Selepas sekian lama menyepi dari pentas utama, kumpulan rap legenda, 4U2C, mengumumkan bakal mengadakan konsert eksklusif yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor pada 15 September depan.


Hampir tiga dekad tidak membuat persembahan di pentas besar, konsert yang diberi nama WE 4U2C adalah platform terbaik buat kumpulan ini kembali membuat 'comeback' bagi mengubati kerinduan peminat.

Kumpulan yang pernah mencipta fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia pada tahun 90-an dahulu kini kembali dengan tenaga baharu sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan keunikan persembahan mereka secara langsung.

Mengangkat tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, konsert ini bakal menggamit memori indah gaya dekad 90-an sewaktu nama 4U2C sedang meningkat naik.

Menurut anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, konsert yang dianjurkan kali ini tercetus hasil daripada idea isterinya, Datin Emylia Rosnaida dan menganggap tawaran daripada pihak Juss Event Sdn. Bhd. tiba tepat pada masanya.

Malah AC serta ahli kumpulan lain berjanji akan melakukan persembahan yang terbaik demi peminat mereka yang hadir pada malam konsert itu nanti.

“Konsert ini sudah menjadi salah satu impian saya dari dulu lagi, idea tercetus oleh isteri saya sendiri dan kemudian pihak Juss Event menawarkan tawaran untuk kumpulan 4U2C adakan konsert kami sendiri.

“Bagi saya itu macam impian jadi kenyataan, saya bersyukur sangat peluang ini datang pada masa yang tepat.

“Saya dan ahli kumpulan lain janji akan memberikan persembahan yang terbaik buat mereka yang hadir pada malam konsert itu nanti,” katanya.

Bukan mahu mencipta sejarah, sebaliknya objektif kumpulan ini adalah untuk menjadi trendsetter buat penyanyi mahupun kumpulan muzik lain.

Jelas AC, Malaysia mempunyai ramai penyanyi berbakat dan berkualiti, jadi konsert 4U2C ini akan menjadi momen untuk membuktikan perkara tersebut.

“Kami bukan nak cipta sejarah baharu, sebaliknya objektif kami adalah untuk jadi trendsetter dengan kembalikan sejarah dahulu.Inilah peluang untuk kami comeback, bukan untuk terus berada dalam pasaran cuma nak tunjuk yang kami boleh jadi trendsetter.

“Kumpulan 4U2C adalah kumpulan pertama yang tampil berbeza dengan menyanyi sambil menari, jadi untuk konsert kali ini juga kami akan lakukan perkara sama.

“Kita nak tunjuk dalam Malaysia ini sebenarnya memang ada artis yang berkualiti dan bukan sekadar menyanyi semata-mata namun boleh menghiburkan,” jelasnya.

Sementara itu, AC memberitahu kumpulan 4U2C juga akan melancarkan tiga buah single baharu untuk tahun ini.

Malah, AC berkata, lagu-lagu yang dikeluarkan akan menampilkan sisi baharu kumpulan itu yang seiring dengan peredaran zaman.

“Memang kita akan lancarkan tiga lagu baharu iaitu satu genre balada manakala lagi dua lagu yang rancak mengikut peredaran muzik masa kini.

“Kami mahu tunjuk sisi baharu kami buat pendengar zaman sekarang. Lagu ini juga saya harapkan boleh dinyanyikan bersama-sama peminat sewaktu 4U2C buat persembahan nanti,” ujarnya.

Bukan sekadar sebuah persembahan muzik, konsert We 4U2C ini juga dilihat sebagai satu penghargaan kepada legasi yang ditinggalkan mereka dalam landskap muzik di Malaysia.



Selain AC, 4U2C mempunyai enam ahli lain iaitu Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie danAzam.

Dengan gubahan yang lebih segar, visual moden dan penceritaan perjalanan seni mereka , konsert ini dijangka menjadi satu lagi fenomena yang bakal tercipta.

Sementara itu, komposer terkenal iaitu Aubrey Suwito bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsert WE 4U2C dengan dibantu barisan pemuzik profesional dan berpengalaman dalam industri.

Aubrey memulakan perjalanan muziknya pada usia 6 tahun dan telah banyak bekerjasama dengan ramai artis ternama, hasilnya dia berjaya meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam industri muzik.

Konsert WE 4U2C yang dianjurkan oleh Juss Event Sdn. Bhd. ini mendapat kepercayaan serta tajaan daripada syarikat Millennium Group.

Manakala syarikat Giant Malaysia merupakan rakan kongsi bagi pengaktifan runcit serta Uncle Jack sebagai rakan rasmi bagi makanan dan minuman.

Selain itu, konsert ini turut menerima sokongan daripada stesen radio Era, Sinar, Gegar dan Mix sebagai rakan radio rasmi, manakala Astro Gempak sebagai rakan kongsi media digital rasmi bagi membantu mempromosikan acara ini kepada khalayak.


Harga tiket WE 4U2C ini bermula daripada RM155 (Berpisah Jangan), RM355 (Kembalilah Fiona), RM455 (Video Games), RM505 (Kami Rappers) dan RM555 (Fiona) bagi tingkat bawah.

Manakala harga tiket bagi tingkat atas pula, RM255 (Kenangan Cinta & Persahabatan), RM355 (I Miss U), RM405 (Dusta) dan RM505 (Dynamite)

Tiket tersebut akan mula dijual pada 30 Jun ini, melalui platform Ticket Empire dan Fantopia.

Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket awal kerana permintaan konsert ini dijangka mendapat sambutan yang sangat tinggi.

Malah selain pembayaran melalui perbankan dalam talian, peminat juga boleh membeli tiket dengan kaedah ‘beli dahulu bayar kemudian’, menerusi Atome, PayLater by Grab dan Shopee Pay Later.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Juss , manakala bagi perkembangan semasa mengenai konsert boleh lawati media sosial Juss.Events di aplikasi Instagram, Facebook dan TikTok.

Manakala untuk perkembangan bagi kumpulan 4U2C boleh lawati media sosial kumpulan ini di Instagram dan TikTok.

Comments

  1. ada 2 ahli dia kat Indonesia ehhh skrg...hope semua ada masa konsert nnt!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...